
Alhamdulillah Pegawai Hal Ehwal Islam Institut Ilmu Darul Makmur, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (IIDM-MUIP) Al-Fadhil Ustaz Fahmi bin Zahari, Al-Fadhil Ustaz Muaz bin Zakaria, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nurhakim bin Mohd Razali, Al-Fadhil Ustaz Mohd Nik Sofa'urrahman bin Nik Mohd Rosdi, begitu juga FELO Muda Fiqh Al-Watan IIDM – MUIP, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zakri bin Salleh dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Zulhilmi Zakwan bin Abd Rahman telah mula memberikan sesi pencerahan Fiqh Al-Watan di masjid-masjid & surau-surau Daerah Kuantan. Antara masjid telah terlibat setakat ini:-
Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kg Peramu
Masjid Muadzam Shah, Sg Isap, Kuantan
Masjid Muadzam Shah, Felda Bukit Goh, Kuantan
Masjid Saiyidina Ali bin Abi Talib Bukit Sekilau
Masjid Kampung Pandan 1
Masjid Al-Munir, Kg Selamat
Masjid Bukit Setongkol
Masjid Hashimiah, Kg Panching
IIDM-MUIP mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama & sokongan pihak pentadbiran masjid. Insyallah IIDM-MUIP akan terus bekerjasama erat bersama Al-Fadil Tuan Qadhi, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), pihak pentadbiran masjid Tuan Pengerusi, Tuan Imam dan AJK masjid & surau untuk sesi-sesi pencerahan & penerangan seterusnya.
Mudah-mudahan sesi pencerahan Fiqh Al-Watan ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat, jema'ah masjid, ahli kariah kepentingan memperkasakan Fardhu 'Ain (Tauhid-Fekah-Tasawuf), memupuk rasa cinta & kepentingan membina serta memelihara Watan (Hubbul Watan) melalui konsep & kefahaman Siyasah Syar'iyyah Ahli Sunnah Wal Jama'ah
#FiqhalWatan
#MembudayakanIlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





