
PROGRAM FIQH WANITA SIRI 2: BICARA MAHASISWI PERADABAN PERKASA ILMU DAN PENGHAYATAN FARDU AIN
Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) dengan kerjasama Pusat Kaunseling UCYP University telah menganjurkan Program Fiqh Wanita Siri 2: Bicara Mahasiswi Peradaban yang disertai seramai 150 mahasiswi UCYP. Program ini dirasmikan oleh Dr. Norhidayah binti Mohamed, Dekan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Umum, bagi memperkukuh ilmu agama serta membentuk sahsiah wanita Muslimah.
Program ini merangkumi empat komponen utama, iaitu Fiqh Darah, Tauhid, Tasawuf dan Fardu Ain yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman. Pengisian merangkumi kefahaman hukum berkaitan darah wanita dan solat, pemantapan akidah, pembentukan adab dan akhlak serta penguasaan tajwid dan tahsin Surah al-Fatihah.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen IIDM-MUIP dalam memperkasakan wanita melalui penghayatan ilmu agama secara menyeluruh. Usaha ini diharap dapat melahirkan mahasiswi yang berilmu, berakhlak dan mampu menyumbang kepada pembinaan peradaban ummah.
“FIQH AL-WATAN MEMAKNAI 556 TAHUN KESULTANAN DAN PERADABAN ISLAM PAHANG”




