Skip navigation
Laman UtamaMengenai KamiMedia IIDM-MUIPAgensi Pendidikan

MAJLIS MULTAQA & MUZAKARAH FIQH AL-WATAN GURU-GURU PONDOK PANTAI TIMUR 1.0

Majlis Multaqa & Muzakarah Fiqh al-Watan Guru-Guru Pondok Pantai Timur 1.0 menghimpunkan para tuan guru dan asatizah institusi pondok dari tiga negeri Pantai Timur, iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Perhimpunan ilmiah ini menjadi medan perbincangan berkaitan hala tuju serta peranan institusi pondok dalam memelihara kesinambungan tradisi keilmuan Islam yang berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Penganjuran ini merupakan manifestasi komitmen Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) dalam memperkasa agenda penghayatan Fiqh al-Watan berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui manhaj al-Asya‘irah dan al-Maturidiah. Muzakarah ini turut membuka ruang perkongsian pandangan, pertukaran ilmu dan wacana ilmiah dalam kalangan para ilmuwan pondok bagi memperjelas prinsip serta penghayatan Fiqh al-Watan dalam konteks kehidupan beragama, bermasyarakat dan bernegara.

Semoga pertemuan ilmiah ini menjadi wadah pengukuhan jaringan keilmuan antara institusi pondok, memperteguh tradisi pengajian Islam serta memantapkan kefahaman terhadap prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah. Usaha ini diharapkan dapat menyumbang kepada kesinambungan warisan keilmuan Islam dan kesejahteraan ummah di negeri-negeri Pantai Timur.

“𝑭𝑰𝑸𝑯 𝑨𝑳-𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑴𝑨𝑲𝑵𝑨𝑰 556 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑺𝑼𝑳𝑻𝑨𝑵𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑫𝑨𝑩𝑨𝑵 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 𝑷𝑨𝑯𝑨𝑵𝑮”

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook

Share