Skip navigation
Laman UtamaMengenai KamiMedia IIDM-MUIPAgensi Pendidikan

SESI PERKONGSIAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN INSTITUSI TAHFIZ, MADRASAH DAN PONDOK SWASTA/PERSENDIRIAN

KUANTAN, 22 November 2026- Persidangan Tahunan Pengetua dan Pengusaha Pusat Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang 3.0 diteruskan dengan sesi perkongsian bertajuk Pengurusan dan Pentadbiran Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Swasta/Persendirian yang disampaikan oleh Dr. Hj. Muhamad Hafiz bin Muhamad Haneefa (PU Hafiz), Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS).

Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pengalaman dan pendekatan berkaitan tadbir urus cemerlang institusi tahfiz, merangkumi aspek pengurusan pendidikan, kebajikan pelajar, pentadbiran serta perkara-perkara lain yang menjadi keperluan dalam memastikan kelancaran operasi sesebuah institusi.

Beliau turut mengemukakan beberapa panduan dan cadangan penyelesaian terhadap pelbagai isu serta cabaran yang sering timbul dalam pengurusan pusat tahfiz, madrasah dan pondok. Perkongsian ini turut membuka ruang kepada para pengetua dan pengusaha untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mendapatkan pencerahan dalam usaha memperbaiki sistem pengurusan institusi masing-masing.

Sesi ini diharap dapat memberikan manfaat dan menjadi panduan kepada para pengusaha dalam memperkukuh tadbir urus institusi pendidikan Islam ke arah pengurusan yang lebih sistematik, berkualiti dan berdaya maju.

“𝑭𝑰𝑸𝑯 𝑨𝑳-𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑴𝑨𝑲𝑵𝑨𝑰 556 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑺𝑼𝑳𝑻𝑨𝑵𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑫𝑨𝑩𝑨𝑵 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 𝑷𝑨𝑯𝑨𝑵𝑮”

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook

Share