Skip to main content

“Berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum wajib bagi madrasah, tahfiz dan pondok di negeri Pahang, ini adalah satu langkah yang dangat dialu-alukan dan didapati mempunyai impak yang besar kepada masyarakat di Pahang khususnya kepada umat Islam”.

Temu bual bersama Prof Madya Dr Mahyuddin bin Ismail (Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, UMPSA) merangkap Perunding Pembangunan Silibus Kurikulum Wajib, menekankan bahawa program Training of Trainer Pelaksanaan Kurikulum Wajib ini berperanan penting dalam memperkasakan kompetensi guru serta meningkatkan keberkesanan pengajaran di institusi tahfiz, madrasah dan pondok.

Dilaksanakan di Pekan pada 23 April 2026, program ini menghimpunkan penyertaan madrasah rintis serta wakil guru dari pelbagai daerah, sekali gus menjadi platform penting dalam menyelaraskan pelaksanaan kurikulum dan memperkukuh kualiti pendidikan Islam di Negeri Pahang.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”

#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang

View original