
"Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" Bersemarak Di SMUM
Kuantan, 23 April – "Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" yang berlangsung serentak di seluruh negara, turut disertai sekolah menengah agama MUIP; SMUM Darul Makmur Ganchong, SMUM Ihyail Maarif Ulu Cheka, dan SMUM Al-Taufikiah Al-Asriah Tg Besar, Benta Kuala Lipis. Program ini diadakan pada jam 11.00 hingga 11.10 pagi dengan tagline “Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa”.
Acara ini mengajak seluruh warga sekolah berhenti sejenak daripada tugasan harian untuk membaca bersama-sama sebagai tanda sokongan terhadap budaya ilmu yang kini aktiviti membaca semakin dipinggirkan. Aktiviti membaca serentak ini bukan sahaja menggalakkan minat membaca, tetapi juga menjadi simbol kesatuan masyarakat dalam usaha membina bangsa berpengetahuan.
Selaras dengan gagasan Fiqh Al-Watan, program ini menekankan bahawa cinta kepada tanah air bukan sekadar slogan, tetapi melalui usaha membangunkan masyarakat dengan ilmu. Membaca dilihat sebagai ibadah sosial yang mengangkat martabat bangsa, memperkukuh ukhuwah, dan melahirkan masyarakat berakhlak serta berdaya saing.
Dengan pelaksanaan di tiga buah sekolah ini, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit menjadi manifestasi cinta kepada watan melalui ilmu, mengingatkan bahawa membina bangsa bermula dengan membina minda, dan membaca adalah pintu utama ke arah itu.
Dikongsikan aktiviti di sekolah tersebut melalui link berikut:
SMUM Darul Makmur Ganchong
https://www.facebook.com/share/p/1AtVnBSQnn/
SMUM Ihyail Maarif Ulu Cheka, Jerantut
https://vt.tiktok.com/ZS9LxQMK7/
SMUM Al-Taufikiah Al-Asriah Tg Besar, Benta Lipis
https://www.facebook.com/share/p/1H9U7EbSNW/
#Jombacabersama
#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang
#MUIPEducation





