
Kunjung Hormat Delegasi Akademi Kenegaraan Malaysia Pahang ke Institut Ilmu Darul Makmur Perkukuh Kerjasama dalam Menjayakan Fiqh Al-Watan
Kuantan, 15 Mei 2026 β Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pahang bagi membincangkan kerjasama strategik dalam memperkasakan pembangunan Fiqh Al-Watan, khususnya yang berkaitan dengan pemahaman asas Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan agensi kerajaan, belia dan komuniti.
Delegasi AKM Pahang diketuai oleh En. Mohd Kamal bin Mohd Affandi, Pengarah AKM Pahang; En. Kamalifauzi bin Abdul Rashid, Penolong Pengarah Kanan AKM Pahang; En. Mohd Khairul Azhar bin Awam, Penolong Pengarah AKM Pahang; dan En. Muhamad Razman bin Melban, Penolong Pegawai Belia dan Sukan AKM Pahang.
Pihak IIDM pula diwakili oleh Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif IIDM, bersama Ustaz Mu'az bin Zakaria, Ustaz Mohamad Hafizan bin Baharum, dan Ustaz Syahmi Aminuddin bin Suhaimi.
Perbincangan yang berlangsung memberi tumpuan kepada usaha membawa modul Fiqh Al-Watan serta memperkukuh kerjasama dua hala dalam menjayakan program-program berkaitan.
Selain mempererat hubungan antara kedua-dua institusi, kunjungan hormat ini turut membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara IIDM dan AKM dalam melaksanakan program Fiqh Al-Watan secara lebih menyeluruh di Negeri Pahang. Sesi diakhiri dengan pertukaran pandangan serta cadangan pelaksanaan program bersama pada masa akan datang.
βππππππππππππ ππππ, πππππππππππππ πππππβ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





