
Sorotan Berita Program Haji Cilik Tadika Pintar Al-Quran MUIP di Berita RTM
Alhamdulillah, Program Haji Cilik Tadika Pintar Al-Quran MUIP telah mendapat perhatian melalui siaran Berita RTM.
Program ini memberi pendedahan awal kepada murid-murid tadika mengenai ibadah haji secara simulasi dan praktikal, bertujuan meningkatkan kefahaman mereka terhadap Rukun Islam yang kelima. Melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, para pelajar berpeluang merasai pengalaman asas pelaksanaan ibadah haji dalam suasana yang menyeronokkan dan mudah difahami.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh pendidikan agama dalam kalangan kanak-kanak, malah turut membantu membina jati diri, disiplin, serta kecintaan terhadap ibadah sejak usia awal.
Semoga usaha ini terus diperkasakan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cintakan agama.
Kredit: Berita RTM
โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





