
MAJLIS HI-TEA APRESIASI SEKOLAH MENENGAH UGAMA MUIP (SMUM) 2025 & PELANCARAN BUKU PLC (PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY)
TEMERLOH, 6 JUN 2026- Majlis Hi-Tea Apresiasi Sekolah Menengah Ugama MUIP (SMUM) 2025 serta Pelancaran Buku PLC (Professional Learning Community) telah diadakan dalam suasana yang bermakna dengan kehadiran warga pendidik serta para jemputan. Program ini menjadi ruang pertemuan bagi menghargai usaha yang telah dilaksanakan sepanjang tahun oleh pihak sekolah dan para pelajar.
Majlis telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Prof. Madya Dr. Amran Bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM). Dalam ucapan tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para guru dan pelajar atas komitmen serta pencapaian yang membanggakan dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah ke aras yang lebih cemerlang.
Pada majlis ini juga telah diadakan gimik pelancaran Buku Professional Learning Community (PLC). Pelancaran ini menandakan usaha berterusan pihak sekolah dan warga pendidik dalam memperkukuhkan kerjasama serta perkongsian ilmu dalam kalangan guru melalui pendekatan pembelajaran profesional.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian pelbagai Anugerah Kecemerlangan yang disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Mohd Ali Bin Mat Dasir, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam serta Prof. Madya Dr. Amran Bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) kepada para pelajar dan guru-guru yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik, sukan serta komitmen dalam tugas masing-masing, diikuti dengan acara kemuncak iaitu penyampaian Anugerah Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Sijil Menengah Agama (SMA) 2025 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anugerah ini telah diterima oleh Sekolah Menengah Ugama MUIP Ihyaโul Maarif, Ulu Cheka sebagai pengiktirafan terhadap peningkatan pencapaian sekolah dalam peperiksaan berkenaan.
Majlis ini turut dihadiri Yang Berusaha Pengarah Koordinator Program Sekolah IRFAN, Tuan Haji Ramli Bin Yahya; serta Yang Dihormati para Pengetua SMUM iaitu En. Mohd Khalid Bin Abdul Majid (SMUM Darul Makmur Ganchong), Tuan Haji Muhamed Asri Bin Abu Hanifah (SMUM Darul Naim Kuala Krau), En. Habiballah Fekri Bin Hairudin (SMUM Ihyaโul Maarif Ulu Cheka) dan Pn. Zaleha Binti Jaafar (SMUM Al-Taufikiah Al-Asriah Tanjung Besar).
Program ini diharap dapat memberi galakan kepada warga sekolah untuk terus mengekalkan usaha dan meningkatkan pencapaian pada masa akan datang.
โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





