
πππππ πππππ ππππππ ππππππ πππππππππππ πππππππππππ ππππππ ππππππ π ππππ πππ πππ π πππ ππ-πππππ πππππ πππππππ ππππππππ ππππ
Kuantan, 19 Oktober 2026 β Satu ziarah dan pertemuan ilmiah bersama Tuan Guru Syeikh Wazir bin Haji Che Awang al-Makki telah diadakan melibatkan delegasi pondok dari Terengganu dan Kelantan bersama warga Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM), termasuk Zamalah IIDM, Tuan Guru Barakatullah bin Mohd Bahari dan Tuan Guru Syeikh Ahmad Fuad bin Amran serta AF. Ustaz Yunan Abdul Samad selaku Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (Hal Ehwal Agama).
Dalam pertemuan tersebut, Pengarah Eksekutif IIDM, Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, memberikan penerangan mengenai gagasan Fiqh al-Watan, agenda pemerkasaan fardu ain serta kepentingan memahami siasah syarβiyyah dalam membina masyarakat yang berilmu, bersatu dan menghormati susunan autoriti agama.
Tuan Guru Syeikh Wazir bin Haji Che Awang al-Makki menyambut baik usaha tersebut dan menggalakkan institusi pondok memainkan peranan dalam membawa kefahaman Fiqh al-Watan kepada masyarakat. Beliau turut menekankan kepentingan ketaatan kepada Ulil Amri, dengan menjelaskan bahawa dalam konteks pemerintahan beraja, berdasarkan tafsiran muktabar yang dirujuk, Sultan mempunyai kedudukan penting sebagai pemerintah yang wajib dihormati dan ditaati dalam perkara yang makruf.
Pandangan tersebut turut disambut baik oleh para Zamalah IIDM yang menegaskan bahawa institusi pondok mempunyai kedudukan strategik dalam memperkukuh pendidikan fardu ain, memelihara tradisi ilmu serta membina perpaduan umat Islam.
Pertemuan ini memperlihatkan titik temu antara tradisi pondok dan gagasan Fiqh al-Watan, iaitu pembinaan sebuah masyarakat yang kukuh perlu bermula dengan asas agama yang mantap, hubungan yang baik antara ulama dan pemerintah serta kesatuan umat yang dipandu oleh ilmu dan adab.
Pertemuan ini turut di hadiri, AF. Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi bin Wardi serta AF. Ustaz Mohd Hafizuddin bin Hasan.
βπ΄π¬π΄π©πΌπ«π¨ππ¨π²π¨π΅ π°π³π΄πΌ, π΄π¬π΄π·π¬πΉπ²π¨πΊπ¨π²π¨π΅ πΎπ¨π»π¨π΅β
#FiqhAlWatan
#FarduAin
#UlamaPondok
#TradisiTurath
#SiasahSyarIyyah
#KesatuanUmmah #MembudayakanIlmuMemperkasakanWatan





