Kuantan, 10 Mac 2025 ( Isnin ) Program Iftar Perdana Dan Jelajah Ihya Ramadan Maahad Tahfiz, madrasah dan Pondok Siri 2 telah diteruskan bagi zon Sungai Karang dan Balok, Kuantan.
Maahad Tahfiz Pengkalan Damar, Kampung Sungai Karang telah dipilih selaku tuan rumah bagi majlis tersebut. Pada majlis ini telah melibatkan kira kira 250 orang pelajar daripada 7 buah institusi seperti berikut :
1. Maahad Tahfiz Pengkalan Damar
2. Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang
3. Ribath Al-Mustofa
4. Maahad Tahfiz Ibnu Soleh
5. Tahfiz Turath Irsyad
6. Maahad Tahfiz Darul Izzah
7. Maahad Tahfiz Noor Al-Abidin
Tausiah Ramadan telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Uwais Al-Qarni bin Abdul Wahab selaku Mudir Ribath Al-Mustofa bertajuk Kemulian Penghafaz Al-Quran, serta kaitan Al-Quran dengan bulan Ramadan. Beliau juga memberi penekanan tentang peri pentingnya memelihara adab dan akhlak selaku seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang yang Al-Hafiz.
Program diteruskan dengan berbuka puasa dan solat isyak dan terawih. Apa yang menariknya program kali ini, para hadirin dan makmum diperdengarkan bacaan imam secara bergilir daripada waakil.pelajar terbaik maahad masing-masing sepanjang solat terawih.
Hadir sama Prof. Madya. Dr. Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur , serta barisan guru-guru.
Program ini diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada pelajar seterusnya menaikkan lagi semangat serta syiar generasi huffaz Al-Quran.
Sumber: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang





