
MAKLUMAN KULIAH FIQH AL-WATAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Fiqh al-Watan merupakan satu pendekatan yang menerapkan kefahaman mendalam terhadap ilmu Fardu Ain yang merangkumi Tauhid, Fiqh dan Tasawuf sebagai teras pembinaan peradaban Islam Pahang.
Pembinaan jati diri sebagai hamba Allah SWT melalui penguasaan ilmu Fardu Ain menjadi asas kepada kekuatan diri. Seterusnya, kefahaman tersebut dikembangkan kepada tanggungjawab Fardu Kifayah dalam aspek kenegaraan yang merangkumi institusi Kesultanan, adat resam dan pemeliharaan alam sekitar, demi memperkukuhkan kesejahteraan ummah dan negara.
Sehubungan itu, muslimin dan muslimat dijemput menghadiri Kuliah Fiqh al-Watan seperti ketetapan berikut:
🕌 Pengkuliah:
Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zulhilmi Zakwan bin Abd Rahman @ Bokhori
Felo Muda Fiqh al-Watan, Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM)
📅 Tarikh/Hari:
19 Ogos 2026 (Rabu)
05 Rabiul Awwal 1448H
📍 Tempat:
Masjid Kg Soi, Tanjung Lumpur, Kuantan
Semoga kehadiran kita menjadi medan menambah ilmu, mengukuhkan kefahaman agama serta menyemai kecintaan terhadap agama, bangsa dan negeri.
"Fiqh al-Watan memaknai 556 tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang."
Semua dijemput hadir.





