KUALA LIPIS, 21 Mac 2025 β Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, berkenan berangkat ke Tadika Pintar Al-Quran (TPQ MUIP) Daerah Lipis yang terletak di Jalan Bukit Bius, Lipis.
Keberangkatan baginda diiringi oleh YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Dalam lawatan tersebut, baginda berkenan meluangkan masa bersama murid-murid TPQ MUIP Lipis serta menyampaikan sumbangan duit raya. TPQ MUIP Lipis baru sahaja berpindah ke lokasi baharu yang lebih strategik dan selesa bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.
Tadika Pintar Al-Quran MUIP komited dalam menyediakan pendidikan prasekolah yang menekankan Pendidikan Islam serta pembelajaran Iqraβ dan al-Quran sebagai teras utama.
“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”





