SMUM Darul Makmur Ganchong
Latarbelakang SMUM Darul Makmur Ganchong
SMUM Darul Makmur Ganchong telah ditubuhkan pada tahun 1969 yang berasaskan pendidikan agama pada awalnya oleh penduduk setempat. Sekolah ini telah diasaskan oleh penduduk setempat yang terdiri daripada Allahyarham Tok Muda Abu Bakar bin Zainal (Ketua Jabatan Agama Islam Pahang), Allahyarham Abduk Manan bin Nawawi (Pengetua SMUM Darul Makmur Ganchong) dan Haji Mustafa bin Ismail (Pengerusi Lembaga Jemaah Pengurus). Sekolah ini ditubuhkan atas persetujuan dan pakatan dan Persatuan UMNO Ganchong.
Sebelum ini penempatan kelas bagi pelajar SMUM Darul Makmur Ganchong ditempatkan di Masjid Lama Kampung Ganchong Hulu, Mukim Ganchong. Pada tahun 1973, lokasi penempatan pelajar telah bertukar ke bangunan baru yang dibina di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Said.
Seterusnya pentadbiran sekolah ini dipantau dan diselia oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pada tahun 1991 sebagai sekolah bantuan MUIP. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Agama Rakyat dan mempunyai sistem pendidikan dua hala iaitu aliran agama yang mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan aliran akademik yang selaras dengan pendidikan arus perdana.
Bermula tahun 2021, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan rasminya mengisytiharkan bahawa SMUM Darul Makmur Ganchong sebagai institusi pendidikan di bawah kelolaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama Majlis.
Visi Sekolah
Merealisasikan SMUM Darul Makmur Ganchong sebuah pusat pendidikan agama yang unggul berteraskan semangat ijtihad dan profesionalisme.
Misi Sekolah
Melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berwawasan, berpengetahuan luas dalam bidang agama dan akademik serta menerapkan dengan ketinggian akhlak terpuji melalui pendekatan akhlak Rasulullah S.A.W
Objektif Sekolah
Melahirkan insan soleh dan solehah yang berpendidikan tinggi dari segala aspek dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang dapat berbakti kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara.
Moto Sekolah
Berusaha dan Tawakkal, Insya Allah Berjaya
Maklumat Umum Sekolah
| Nama Sekolah | : Sekolah Menengah Ugama Majlis Darul Makmur Ganchong |
| Alamat Sekolah | : Kampung Kiambang, Ganchong |
| Poskod | : 26630 |
| Daerah | : Pekan |
| Negeri | : Pahang Darul Makmur |
| No. Telefon | : 011-5880 2490 |
| Jenis Sekolah | : Sekolah Menengah Ugama Majlis (SMUM) |
| Peringkat Sekolah | : Menengah Rendah (Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5) |
| Jenis Murid | : Lelaki dan Perempuan |
| Bahasa Pengantar | : Bahasa Melayu |
| Sesi Persekolah | : Sesi Pagi |
| Lokasi | : Luar Bandar |
| Model | : Sekolah Biasa |
| Tarikh Penubuhan Sekolah | : 11 Ogos 1969 |
| No. Sijil Pendaftaran | : JAIP KS 0116/97 |
| Bilangan Bilik Darjah | : 8 Buah |
| Kapasiti Maksimum | : 200 orang pelajar |
| Bilangan Blok Bangunan | : 5 Blok |
| Sumber Air | : Bekalan Air Awam |
| Sumber Elektrik | : 24 Jam 3 Fasa – TNB / SESCO / SESB |
| Milik Tapak | : Wakaf |
| Milik Bangunan | : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) |
| Maklumat Perbankan | : CIMB Cawangan Pekan |
| Status Tanah Sekolah | : Penempatan pelajar SMUM Darul Makmur Ganchong sekarang di tempatkan di bangunan baru yang di atas tanah yang telah diwakafkan atas nama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). |






