Skip to main content

TPQ BATU 3

SEJARAH PENUBUHAN

Tadika Pintar Al-Quran MUIP Batu 3 telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan mula beroperasi pada 4 Januari 2016 yang bertempat di Batu 3 Jalan Gambang, Kuantan. Lokasi tadika ini merupakan Kuarters Perhutanan yang diambil alih oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dan telah diubahsuai menjadi bangunan tadika.
Pada peringkat penubuhan, Tadika ini mempunyai dua buah kelas dan lima orang kakitangan iaitu dua orang Guru Akademik dan dua orang Pembantu Pengurusan Murid dan bilangan murid seramai 30 orang yang melibatkan murid 4,5 dan 6 tahun.
Pada pertengahan tahun tersebut, Pengurusan Tadika ditambahbaik dengan menambah seorang Guru Pintar Al-Quran untuk lebih memfokuskan bacaan Iqra’ dan Al-Quran murid serta menjadikan bilangan kakitangan seramai lima orang.
Tadika ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa dan penduduk setempat. Oleh itu, pada tahun 2017 bilangan kakitangan bertambah menjadi sembilan orang iaitu tiga orang Guru Akademik, tiga orang Guru Pintar Al-Quran dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid dan mempunyai murid seramai 65 orang yang ditempatkan kepada tiga buah kelas.
Berikutan permintaan pasaran dan peningkatan jumlah murid dari semasa ke semasa, bangunan baru telah diperuntukkan dan telah siap dibina pada penghujung tahun 2017 bagi memenuhi fasiliti kemudahan pembelajaran. Bangunan tersebut telah mula digunakan pada tahun 2018.
Bilangan kakitangan juga bertambah menjadi 15 orang iaitu lima orang Guru Akademik, lima orang Guru Pintar Al-Quran dan lima orang Pembantu Pengurusan Murid serta mempunyai murid seramai 110 orang yang ditempatkan dalam lima buah kelas.
Tadika ini mempunyai lima buah kelas, perpustakaan, kantin, taman permainan, kuarters guru, pejabat, dua bilik tidur dan dewan yang luas dilengkapi penghawa dingin. Selain itu, tadika ini juga dilengkapi rakaman kamera tertutup (cctv) untuk keselamatan.
Pada Ogos 2018, Pendidikan MUIP telah melantik seorang Kerani Kewangan/Pentadbiran bagi menambahbaik pentadbiran dan pengurusan tadika dan menjadikan jumlah kakitangan seramai 16 orang.
Sehingga kini, tadika masih berjalan seperti biasa dengan bilangan kakitangan dan murid yang semakin bertambah iaitu 16 kakitangan yang terdiri dari lima orang guru akademik, lima orang guru quran, 5 orang pembantu pengurusan murid dan seorang kerani serta mempunyai murid seramai 95 orang bagi tahun 2024. Alhamdulillah, perkembangan kurikulum dan kokurikulum juga bertambah baik dari semasa ke semasa.

Nama Guru Besar – Norfarhana
013-9450557
Nama Kerani – Nurul Syafiqah
014-5226272
Alamat Tadika
Lot PT 124857 (A), Batu 3 Jalan Gambang, 25150 Kuantan