SEJARAH PENUBUHAN DAN LATAR BELAKANG
TADIKA PINTAR AL – QURAN MUIP BERA
Tadika Pintar Al – Quran MUIP Bera, adalah salah satu daripada 16 buah tadika yang dikelola oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Tadika ini juga ditubuhkan bagi memberi pendidikan yang eksklusif di peringkat prasekolah dengan mengutamakan pendidikan islam dan penekanan Bacaan Iqra serta Al – Quran sebagai teras utama pendidikan.
Sejarah penubuhan tadika ini ialah bermula dengan pengambilan tahun pertama pada januari 2015 seramai 25 orang murid yang terdiri seawal usia 4 tahun hingga 6 tahun.
Tadika Pintar Al – Quran MUIP Bera telah ditubuhkan pada Januari 2015 sehingga kini yang bertempat di no 23 & 25 jalan 2, taman cempaka murni, Bera. Pada awal penubuhan tadika ini ditadbir oleh Puan Fauzidatun Nazira Binti Mohd Talhah yang bertugas sebagai guru besar.
Pada tahun 2018, Puan Siti Khadijah Binti Mohd Khair telah dilantik sebagai guru besar untuk menggantikan Puan Fauzidatun Nazira Binti Mohd Talhah yang telah meletakkan jawatannya. Manakala, pada tahun 2024, Puan Sofia Nabila binti Arshad telah dilantik untuk menjadi guru besar yang baharu. Terdapat 4 orang guru yang menjadi tenaga pengajar di tadika ini dan di bantu oleh 2 orang pembantu pengurusan murid serta 1 orang kerani. Tadika ini beroperasi bermula pada jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari waktu belajar dan 12.30 tengahari hingga 5.00 petang waktu transit. Kelas mengaji turut diadakan yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tadika ini merupakan tadika yang menggunakan sistem pendidikan sistem Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Yayasan islam Terengganu.
Bangunan Tadika Pintar Al – Quran MUIP Bera, adalah dua unit bangunan rumah teres dua tingkat. Terdapat dua bilik darjah, dua bilik rehat, 1 surau, 1 pejabat, 1 ruang dapur, ruang makan serta 6 bilik mandi.
Pelbagai aktiviti yang diterapkan tidak kira sama ada berbentuk ilmiah, kesenian, kecerdasan dan sebagainya atas tujuan untuk melahirkan generasi yang berpengetahuan luas. Sejajar dengan itu harapan agar anak – anak yang terdidik di Tadika Pintar Al – Quran MUIP Bera ini berjaya menjadi manusia yang cemerlang serta mampu menjadi anak yang bermanfaat kepada dirinya, keluarga, agama dan juga negara.
Nama Guru Besar – Sofea Nabila
019-9087851
Nama Kerani – Nur Syafiqah
019-9245007
Alamat Tadika
23 & 25, Jalan 2, Taman Cempaka Murni, 28200 Bera