SEJARAH PENUBUHAN TPQ MUIP INDERA MAHKOTA
Tabika Islam Daerah Kuantan merupakan salah sebuah tabika yang ditubuhkan di bawah anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Objektifnya adalah untuk melahirkan generasi yang berperibadi mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni dan Islamik dalam kehidupan melalui pra pendidikan
Tabika Islam Daerah Kuantan telah dibuka pada 04 Januari 1989, bertempat di alamat JKR 230, Jalan Datuk Abdullah, Kuantan dengan sewaan sebanyak RM 250.00 sebulan. Bangunan tersebut dahulunya adalah kediaman Yang Berbahagia Dato’ Hajjah Mahirmon binti Haji Haroun DIMP, SMP, AMN.
Pada 01 Januari 1993 Tabika Islam Daerah Kuantan telah berpindah ke bangunan masjid sementara di Jalan Merdeka, Kuantan sehinggalah diarahkan supaya mengosongkan premis pada 31 Mei 1996 kerana pihak LKPP akan membangunkan Kompleks Ibu Pejabat LKPP di kawasan tersebut.
Pada 17 Jun 1996 Tabika Islam Daerah Kuantan mula beroperasi di No.3B, Tingkat 2, Bangunan PKNP, Jalan Besar, Kuantan dengan sewaan sebanyak RM 250.00 sebulan.
Pada 06 Januari 1997 Tabika Islam Daerah Kuantan berpindah sekali lagi ke sebuah premis yang dikelolakan oleh Persatuan Mahasiswa Timur Tengah di alamat No 28, Lorong IM2/1, Taman Yew Hong Bandar Indera Mahkota, Kuantan dengan sewaan sebanyak RM500.00 sebulan. Premis tersebut merupakan sebuah rumah banglo dua tingkat dan terletak bersebelahan dengan SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan dan beroperasi sehingga sekarang.
Bangunan ini pada asalnya terdiri daripada 2 buah kelas, 1 ruang makan, 1 bilik dapur, dan 1 tandas. Bangunan ini perlu dibaiki dan diubahsuai terutamanya perlu dicat semula kerana terlalu usang dan memerlukan ruang untuk bilik stor dan surau. Begitu juga dengan kemudahan asas terkini yang lain seperti komputer riba, peti, televisyen, mesin fotostat dan sebagainya.
Kini, Tabika Islam telah ditukarkan kepada nama yang baharu iaitu Tadika Pintar Al-Quran MUIP. Malah, pelbagai renovasi & penambahbaikan bangunan telah dilakukan. Jika dahulunya hanya memuatkan pelajar sekitar 35-60 orang dengan kapasiti 2 buah kelas, sekarang tadika ini telah mempunyai 4 buah kelas dengan 80 orang pelajar kesemuanya. Bilangan guru juga semakin bertambah daripada 4 orang guru kepada 12 orang guru dan seorang kerani. Bukan itu sahaja, tadika juga telah mempunyai taman permainan, dewan makan yang luas, pejabat berhawa dingin dan pelbagai lagi kelengkapan seperti mesin pencetak, televisyen dan WiFi.
Nama Guru Besar – Mardhiah
014-8162330
Nama Kerani – Nur Afini
014-5062940
Alamat Tadika
No. 28, Lorong IM 2/1, Taman Yew Hong, Pasdec Makmur, 25200 Kuantan