SEJARAH TABIKA ISLAM MUIP DAERAH PEKAN
- Tabika Islam MUIP Daerah Pekan merupakan tabika Islam pertama yang ditubuhkan di bawah anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Objektifnya adalah untuk menyemai serta mengamalkan nilai-nilai keislaman di peringkat awal agar dapat dibentuk menjadi ‘InsanulKamil’.
- Tabika Islam MUIP Daerah Pekan telah dibuka pada 16 Mac 1983, bertempat di sebuah rumah kerajaan dua tingkat JKR 83, Jalan Mahkota Pekan (Dahulunya merupakan tempat kediaman YH Dato’ Kpt (B) Haji Ali). Berkeluasan kira-kira 1 ½ ekar serta berhampiran dengan Majlis Daerah Pekan. Bangunan ini kini diduduki pula oleh Majlis Seketeriat Belia Daerah Pekan.
- Tabika Islam MUIP Daerah Pekan telah mendapat sambutan yang begitu baik dari masyarakat setempat dan bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung pelajar yang semakin ramai maka pada tahun 1990, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah membina sebuah bangunan baru bersebelahan dengan bangunan lama dengan kos melebihi RM180,000.00 dan bangunan baru ini mula di duduki pada 16 September 1991 hinggalah sekarang.
- Bangunan baru Tabika Islam MUIP Daerah Pekan terdiri daripada 3 bilik darjah, 1 dewan makan, 1 bilik dapur, 1 musolla, 1 pejabat, 1 bilik wudhuk, 1 bilik stor dan 2 tandas pelajar. Namun demikian, bangunan ini perlu diperbaiki serta diubahsuai semula agar dapat memberikan kemudahan serta keselesaan dengan sewajarnya. Begitu juga dengan kemudahan asas terkini seperti komputer baru, laptop, LCD, mesin fotostat dan sebagainya.
PENGENALAN
TPQ MUIP DAERAH PEKAN
- TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1983
- MULA DIKENALI SEBAGAI TABIKA ISLAM MUIP
- MELALUI TRANSFORMASI PADA JULAI 2016
- MENJADI TADIKA PINTAR AL-QURAN MUIP
- MEWUJUDKAN JAWATAN GURU AL-QURAN
- BERVISIKAN PROGRAM PINTAR AL-QURAN BAGI MELAHIRKAN INSAN ‘ULULALBAB’ IAITU MEMILIKI GEDUNG ILMU YANG MAMPU BERHADAPAN DUNIA GLOBAL
- BERTERASKAN SISTEM DARIPADA YAYASAN ISLAM TERENGGANU (YIT)
- DINAUNGI OLEH MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG
Nama Guru Besar – Nur’ayuni
017-3277646
Nama Kerani – Solehah
014-2965147
Alamat Tadika
Jalan Mahkota, 26600 Pekan