SEJARAH PENUBUHAN TADIKA PINTAR AL-QURAN MUIP PERMATANG BADAK
Tadika Pintar Al-Quran MUIP Permatang Badak telah ditubuhkan pada Januari 2019 yang bertempat di Kampung Permatang Badak, Kuantan. Tadika ini telah dibangunkan di atas tanah yang telah diwakafkan oleh seseorang. Tadika ini juga terdiri daripada dua buah bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik tayangan, sebuah surau dan juga sebuah bilik isolasi. Kapasiti murid bagi Tadika Pintar Al-Quran MUIP Permatang Badak adalah seramai 46 orang murid.
Pada tahun 2019, tadika ini diketuai oleh Puan Nurul Afiqah Binti Abdullah sebagai penyelia Tadika Pintar Al-Quran MUIP Permatang Badak. Tadika ini juga dibawah naungan MUIP Education Sdn Bhd selama setahun dan pada tahun 2020 Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah bersetuju untuk menggabungkan kesemua tadika dibawah satu pentadbiran.
Pada tahun 2020, tadika telah beroperasi sepenuhnya dibawah pentadbiran baru dan diketuai oleh Puan Nurul An Nisa Binti Razelan. Segala aktiviti dan program tadika dibuat bersama-sama dengan Tadika Pintar Al-Quran MUIP Kubang Buaya.
Pada tahun 2021, tadika ini telah bertukar guru besar iaitu Puan Nor Amallina Binti Masuyat. Selain itu, tadika ini beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat. Terdapat tiga pakej yang disediakan oleh pihak MUIP iaitu Pakej A, Pakej B dan Pakej C yang berlainan harga dan juga waktu sesi persekolahan. Pada tahun tersebut juga, tadika ini telahpun boleh berdiri sendiri atau dengan erti kata lain boleh bergerak sendiri tanpa gabungan dengan Tadika Pintar Al-Quran MUIP Kubang Buaya.
Pada tahun 2022, sekali lagi tadika ini bertukar guru besar yang dipimpin oleh Puan Wan NurAtiqah Binti Wan Mohamed Nor. Sepanjang beliau memegang jawatan tersebut, tadika telah banyak jalankan aktiviti serta program yang menarik setiap tahun dan memberi impak yang besar kepada murid-murid seperti menarik minat murid-murid untuk tambah ilmu dan galakkan murid hadir ke sekolah tanpa rasa jemu.
Nama Guru Besar – Wan Nuratiqah
018-9604332
Nama Kerani – Nur Izzah
012-5914431
Alamat Tadika
No 5/ 4232, Kg Permatang Badak, 25150 Kuantan