SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah penubuhan Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Temerloh ialah dengan bermulanya sebuah kelas yang hanya dibimbing oleh seorang guru dan juga seorang pembantu. Dahulu dikenali sebagai Tabika Islam.
Puan Jamaliah binti Wahid merupakan guru pertama yang dihantar berkursus di Pusat Latihan Kemas Bukit Baru Melaka selama 3 bulan bermula dari 09 Januari 1983 sehingga 02 April 1983.
Pada 25 April 1983, Puan Jamaliah binti Wahid telah ditempatkan sementara di Tabika Islam Pekan bagi menggantikan guru tabika berkenaan yang mengikuti kursus.
Pada 30 Julai 1983 Tabika Islam Daerah Temerloh ditempatkan di Surau Bukit Gedung , Jalan Merdeka.
Pada 28 Safar 1407 bersamaan 01 November 1986, bangunan baru tadika telah siap di bina berhampiran surau berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan telah dirasmikan oleh Ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al – Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’ina billah DK., SSAP .,SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor).,SPMJ., PAT.
Bangunan baru telah dibina dua tingkat dan digunakan untuk dua kelas sehingga kini. Kelas tersebut dibimbing oleh dua guru dan juga dua orang pembantu yang elaunnya dibayar oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Kanak-kanak yang diterima belajar di sini berusia di antara 5 dan 6 tahun. Pakaian persekolahan yang digunapakai adalah uniform rasmi tadika.
Setelah 28 tahun tadika ini di tubuhkan masyarakat setempat masih memberikan sokongan terhadap tadika ini.
Kemudian pada 01 Ogos 2012 Puan Nazwin Suhaida binti Haji Mohamed Yusof telah menggantikan Puan Jamaliah binti Wahid yang telah bersara. Sehingga kini tadika telah beroperasi selama 32 tahun dan sudah mendapat bangunan yang baru di tempat yang sama.
Nama Guru Besar – Nazwin Suhaida
018-9604332
Nama Kerani – Ainzatul Huda
019-4127681
Alamat Tadika
Jalan Merdeka, 28000 Temerloh