Mesyuarat Fiqh Ke-29 IIDM-MUIP

PERBAHASAN FIQH TURATH: PEMELIHARAAN AURAT DAN ADAB PERGAULAN MENURUT MAZHAB SYAFI‘I

Perbahasan dalam Minhāj al-Ṭālibīn karya Imam al-Nawawi dan syarahnya meneliti hukum melihat aurat, batas pandangan sesama manusia serta faktor syahwat dan fitnah. Perbahasan ini menegaskan kepentingan menjaga aurat, memelihara maruah dan melaksanakan tanggungjawab pencegahan dengan berhikmah, termasuk dalam persekitaran pendidikan dan asrama. Perincian hukum juga perlu difahami berdasarkan konteks dan khilaf ulama dalam mazhab Syafi‘i.

Dari perspektif Fiqh al-Watan yang dibawa oleh Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP), perbahasan ini memperlihatkan hubungan antara Tauhid, Fiqh dan Tasawuf dengan Kesultanan, Adat Resam dan Alam Sekitar. Tauhid membina asas ketaatan kepada Allah dan mendukung kedaulatan; fiqh membimbing amalan serta adab yang memelihara kerukunan; manakala tasawuf membentuk akhlak dan penyucian jiwa demi kelestarian persekitaran sosial.

Pendekatan ini membuktikan bahawa warisan fiqh turath bukan sekadar perbahasan hukum, bahkan menjadi panduan membina masyarakat yang beradab, memelihara maruah dan menghayati syariat dalam kehidupan bernegara.

Fiqh al-Watan: Berteraskan Tauhid, Berpandukan Fiqh, Disempurnakan dengan Tasawuf.

"FIQH AL-WATAN MEMAKNAI 556 TAHUN KESULTANAN DAN PERADABAN ISLAM PAHANG"

Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP)
#IIDMMUIP #FiqhAlWatan #TurathIslami #PahangBerdaulatBersyariatBeradat#MajlisUgamaIslamDan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang

View original on Facebook