
SIRI TOKOH KEILMUAN DAN PERADABAN ISLAM
IMAM MUHAMMAD IBN YUSUF AL-SANUSI (832H/838H–895H)
Tokoh Ulama Akidah dan Ilmu Kalam Abad ke-9 Hijrah
Imam Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi merupakan antara tokoh ulama yang memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu akidah dan ilmu kalam dalam tradisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, khususnya aliran al-Asya‘irah.
Menerusi karya agung beliau, Umm al-Barahin yang turut dikenali sebagai al-‘Aqidah al-Sughra, Imam al-Sanusi menyumbang kepada penyusunan dan pengukuhan pengajian akidah secara sistematik berasaskan dalil serta penghujahan ilmiah.
Pengaruh karya beliau turut merentasi wilayah Afrika Utara, Afrika Barat hingga ke Alam Melayu, sekali gus memperlihatkan betapa pentingnya warisan keilmuan ulama silam dalam membentuk tradisi ilmu Islam yang berterusan sepanjang zaman.
#IIDMMUIP #FiqhAlWatan #TokohKeilmuanIslam #ImamAlSanusi #UmmAlBarahin #IlmuAkidah #PeradabanIslam





