
PROGRAM PENCERAHAN FIQH AL-WATAN PERINGKAT DAERAH BERA TAHUN 2026
Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang telah menganjurkan Program Pencerahan Fiqh Al-Watan Peringkat Daerah Bera Tahun 2026 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera. Sesi pembukaan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, Pengarah Eksekutif IIDM, yang memfokuskan kepada Pemerkasaan Jati Diri Watan Pahang menerusi penghayatan Fiqh Al-Watan berteraskan konsep Pahang Daulah Islam.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai Fiqh Al-Watan, memperkukuh jati diri, nilai kenegaraan serta semangat kecintaan terhadap tanah air berlandaskan prinsip Islam. Penyertaan turut melibatkan kepimpinan masjid, pengetua sekolah, wakil MUIP, ketua jabatan serta agensi kerajaan dan masyarakat sekitar Daerah Bera.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Ahmad Nasim bin Dato’ Haji Mohd Sidek, DIMP., Pegawai Daerah Bera. Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat yang berilmu, berakhlak serta cintakan tanah air.
“𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍”
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat




