Skip navigation
Laman UtamaMengenai KamiMedia IIDM-MUIPAgensi Pendidikan

πˆπˆπƒπŒβ€“πŒπ”πˆπ πŒπ„π‘π€π…π€πŠ π’π„πŒππ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„ππ‰π”ππ‰π”ππ† π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡

Dengan penuh hormat dan takzim, Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) merafak sembah serta menjunjung setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pemasyhuran Paduka Baginda sebagai Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Ke-23 pada 21 November 2026.

Seluruh warga IIDM–MUIP turut mendoakan agar Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rahmat dan keberkatan serta terus dikurniakan kebijaksanaan dan keafiatan dalam melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab demi agama, bangsa dan tanah air.

Sembah takzim daripada,
Institut Ilmu Darul Makmur
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook

Share