
๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐
KUANTAN, 13 NOVEMBER 2026 โ Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) hari ini telah menyertai Festival Al-Quran (QFEST) UCYP 2026 menerusi pembukaan sebuah reruai pameran bertempat di UCYP University. Festival yang dianjurkan oleh Fakulti Sains al-Quran, UCYP University ini menjadi platform bagi memperkenalkan khazanah ilmu Islam serta menyemarakkan budaya penghayatan al-Quran dan ilmu dalam kalangan masyarakat.
Menerusi penyertaan ini, IIDM-MUIP mengetengahkan pameran pelbagai kitab rujukan berkaitan ilmu Fardhu โAin yang turut menjadi bahan rujukan utama dalam pelaksanaan kurikulum wajib IIDM-MUIP di madrasah-madrasah berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Pameran ini bukan sahaja bertujuan memperkenalkan khazanah dan sumber keilmuan Islam kepada masyarakat umum, malah memberikan pendedahan tentang usaha IIDM-MUIP dalam memperkukuh pendidikan agama serta memastikan penguasaan ilmu Fardhu โAin dalam kalangan para pelajar madrasah.
Selain itu, IIDM-MUIP turut mempamerkan dan menawarkan jualan beberapa penerbitan institusi, antaranya buku ๐ญ๐๐๐ ๐๐-๐พ๐๐๐๐: ๐ป๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐ ๐น๐๐๐๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐ serta ๐บ๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฐ๐ฐ๐ซ๐ด-๐ด๐ผ๐ฐ๐ท 2025 yang menghimpunkan hasil penyelidikan yang bertemakan Fiqh al-Watan daripada pelbagai perspektif.
Penyertaan ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif IIDM-MUIP untuk memperkenalkan ๐ ๐๐ ๐๐ฌ๐๐ง ๐ ๐ข๐ช๐ก ๐๐ฅ-๐๐๐ญ๐๐ง kepada masyarakat umum. Gagasan ini mengetengahkan kefahaman Islam yang menggabungjalinkan tuntutan agama dengan tanggungjawab kehidupan bertanah air, merangkumi aspek kedaulatan institusi kesultanan, adat resam serta memelihara alam sekitar.
Pameran IIDM-MUIP akan diteruskan pada ๐๐ ๐๐จ๐ฏ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ๐ฎ) ๐๐ข ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ. Orang ramai yang berminat untuk melihat kitab-kitab rujukan Fardhu โAin serta buku-buku terbitan IIDM-MUIP adalah dialu-alukan untuk mengunjungi reruai pameran tersebut sepanjang festival berlangsung.
๐๐จ๐ฆ ๐ค๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ซ๐๐ซ๐ฎ๐๐ข ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐จ๐ค๐๐ข ๐ค๐ก๐๐ณ๐๐ง๐๐ก ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐ ๐ ๐๐ ๐๐ฌ๐๐ง ๐ ๐ข๐ช๐ก ๐๐ฅ-๐๐๐ญ๐๐ง!
โ๐ญ๐ฐ๐ธ๐ฏ ๐จ๐ณ-๐พ๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ด๐ฌ๐ด๐จ๐ฒ๐ต๐จ๐ฐ 556 ๐ป๐จ๐ฏ๐ผ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ผ๐ณ๐ป๐จ๐ต๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐น๐จ๐ซ๐จ๐ฉ๐จ๐ต ๐ฐ๐บ๐ณ๐จ๐ด ๐ท๐จ๐ฏ๐จ๐ต๐ฎโ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat




