Skip navigation
Laman UtamaMengenai KamiMedia IIDM-MUIPAgensi Pendidikan

๐ˆ๐ˆ๐ƒ๐Œ-๐Œ๐”๐ˆ๐ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐๐…๐„๐’๐“ ๐”๐‚๐˜๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€๐ ๐“๐”๐‘๐€๐“๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐˜๐€ ๐…๐ˆ๐๐‡ ๐€๐‹-๐–๐€๐“๐€๐

KUANTAN, 13 NOVEMBER 2026 โ€“ Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) hari ini telah menyertai Festival Al-Quran (QFEST) UCYP 2026 menerusi pembukaan sebuah reruai pameran bertempat di UCYP University. Festival yang dianjurkan oleh Fakulti Sains al-Quran, UCYP University ini menjadi platform bagi memperkenalkan khazanah ilmu Islam serta menyemarakkan budaya penghayatan al-Quran dan ilmu dalam kalangan masyarakat.

Menerusi penyertaan ini, IIDM-MUIP mengetengahkan pameran pelbagai kitab rujukan berkaitan ilmu Fardhu โ€˜Ain yang turut menjadi bahan rujukan utama dalam pelaksanaan kurikulum wajib IIDM-MUIP di madrasah-madrasah berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Pameran ini bukan sahaja bertujuan memperkenalkan khazanah dan sumber keilmuan Islam kepada masyarakat umum, malah memberikan pendedahan tentang usaha IIDM-MUIP dalam memperkukuh pendidikan agama serta memastikan penguasaan ilmu Fardhu โ€˜Ain dalam kalangan para pelajar madrasah.

Selain itu, IIDM-MUIP turut mempamerkan dan menawarkan jualan beberapa penerbitan institusi, antaranya buku ๐‘ญ๐’Š๐’’๐’‰ ๐’‚๐’-๐‘พ๐’‚๐’•๐’‚๐’: ๐‘ป๐’‚๐’•๐’‚๐’„๐’‚๐’“๐’‚ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’Š๐’…๐’–๐’‘๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐‘จ๐’Š๐’“ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’• ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ท๐’‚๐’‰๐’‚๐’๐’ˆ serta ๐‘บ๐’Š๐’“๐’Š ๐‘ด๐’๐’๐’๐’ˆ๐’“๐’‚๐’‡ ๐‘ฐ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ด-๐‘ด๐‘ผ๐‘ฐ๐‘ท 2025 yang menghimpunkan hasil penyelidikan yang bertemakan Fiqh al-Watan daripada pelbagai perspektif.

Penyertaan ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif IIDM-MUIP untuk memperkenalkan ๐ ๐š๐ ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐…๐ข๐ช๐ก ๐š๐ฅ-๐–๐š๐ญ๐š๐ง kepada masyarakat umum. Gagasan ini mengetengahkan kefahaman Islam yang menggabungjalinkan tuntutan agama dengan tanggungjawab kehidupan bertanah air, merangkumi aspek kedaulatan institusi kesultanan, adat resam serta memelihara alam sekitar.

Pameran IIDM-MUIP akan diteruskan pada ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ) ๐๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐”๐‚๐˜๐ ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ. Orang ramai yang berminat untuk melihat kitab-kitab rujukan Fardhu โ€˜Ain serta buku-buku terbitan IIDM-MUIP adalah dialu-alukan untuk mengunjungi reruai pameran tersebut sepanjang festival berlangsung.

๐‰๐จ๐ฆ ๐ค๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ซ๐ž๐ซ๐ฎ๐š๐ข ๐ˆ๐ˆ๐ƒ๐Œ-๐Œ๐”๐ˆ๐ ๐๐ข ๐๐…๐„๐’๐“ ๐”๐‚๐˜๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐จ๐ค๐š๐ข ๐ค๐ก๐š๐ณ๐š๐ง๐š๐ก ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ ๐š๐ ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐…๐ข๐ช๐ก ๐š๐ฅ-๐–๐š๐ญ๐š๐ง!

โ€œ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘ธ๐‘ฏ ๐‘จ๐‘ณ-๐‘พ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ๐‘ต๐‘จ๐‘ฐ 556 ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฐ๐‘บ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘ท๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎโ€

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook

Share