Skip navigation
Laman UtamaMengenai KamiMedia IIDM-MUIPAgensi Pendidikan

SESI MUZAKARAH MEMPERKUKUH FIQH AL-WATAN, MEMARTABATKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

PEKAN, 18 November 2026- Sesi Muzakarah sempena Multaqa & Muzakarah Fiqh Al-Watan Guru-Guru Pondok Pantai Timur 1.0 berlangsung dalam suasana penuh hikmah dan perbincangan ilmiah dengan penglibatan para guru pondok serta tokoh-tokoh agama dari Pantai Timur.

Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Sheikh Haji Wazir bin Che Awang Al-Makki, Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, yang menyatakan sokongan terhadap usaha Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) dalam menggerakkan agenda mengembalikan umat Islam kepada penghayatan Fiqh al-Watan berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui manhaj al-Asya‘irah dan al-Maturidiah.

Muzakarah ini menjadi medan perkongsian pandangan, pertukaran ilmu dan penyatuan pemikiran dalam kalangan para ilmuwan pondok bagi memperkukuh kefahaman serta menghayati tujuan sebenar pelaksanaan Fiqh Al-Watan dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat.

Semoga pertemuan ilmiah ini menjadi wadah penyatuan ummah, memperteguh tradisi keilmuan Islam serta memelihara kesinambungan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah demi kesejahteraan umat dan negeri.

“𝑭𝑰𝑸𝑯 𝑨𝑳-𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑴𝑨𝑲𝑵𝑨𝑰 556 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑺𝑼𝑳𝑻𝑨𝑵𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑫𝑨𝑩𝑨𝑵 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 𝑷𝑨𝑯𝑨𝑵𝑮”

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook

Share