Skip navigation
Laman UtamaMengenai KamiMedia IIDM-MUIPAgensi Pendidikan

PENGHAYATAN FIQH AL-WATAN MENELUSURI WARISAN KESULTANAN DAN TRADISI KEILMUAN ISLAM PAHANG DI MUZIUM

PEKAN, 18 November 2026- Program Multaqa dan Muzakarah Fiqh al-Watan Guru-Guru Pondok Pantai Timur 1.0 diteruskan dengan Sesi Simulasi Penghayatan Fiqh al-Watan yang berlangsung di Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan.

Sesi ini memberikan peluang kepada para tuan guru untuk menghayati konsep Fiqh al-Watan secara lebih dekat melalui pengalaman pembelajaran secara fizikal dengan menelusuri sejarah, warisan dan perkembangan institusi Kesultanan Pahang yang menjadi sebahagian daripada pembentukan identiti serta jati diri umat Islam di negeri ini.

Turut diketengahkan ialah tradisi keilmuan Islam yang telah sekian lama bertapak dan berkembang di negeri Pahang, berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui manhaj al-Asya‘irah dan al-Maturidiah, fiqah Mazhab Imam al-Syafie serta tasawuf Imam al-Ghazali. Tradisi keilmuan ini menjadi bukti kukuh kesinambungan warisan pendidikan dan keilmuan Islam yang telah berakar umbi dalam masyarakat negeri Pahang sejak turun-temurun, sekali gus mencerminkan keteguhan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam membentuk kehidupan beragama masyarakat.

Pendekatan simulasi ini bukan sahaja memperkayakan pengetahuan sejarah para tuan guru, malah memperlihatkan hubungan erat antara institusi kesultanan, institusi pondok dan kesinambungan tradisi keilmuan Islam dalam membentuk warisan keislaman negeri Pahang.

Melalui penghayatan ini, diharapkan para tuan guru dapat terus memperkukuh kefahaman Fiqh al-Watan dan memainkan peranan dalam mewariskan tradisi keilmuan Islam yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada generasi akan datang.

“𝑭𝑰𝑸𝑯 𝑨𝑳-𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑴𝑨𝑲𝑵𝑨𝑰 556 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑺𝑼𝑳𝑻𝑨𝑵𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑨𝑫𝑨𝑩𝑨𝑵 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 𝑷𝑨𝑯𝑨𝑵𝑮”

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook

Share