
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐.๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
KUANTAN, 24 November 2026 โ Persidangan Tahunan Pengetua dan Pengusaha Pusat Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang 3.0 melabuhkan tirainya hari ini dengan pembentangan lima resolusi utama bagi memperkukuh penyelarasan, pembangunan dan kecemerlangan institusi pendidikan Islam turath di negeri Pahang.
Pengisian hari terakhir persidangan diteruskan dengan taklimat berkaitan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) dan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap oleh Al-Fadhil Ustaz Adam Affiq bin Yaakop, Penolong Pengarah Unit Jaminan Kualiti Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai sistem pensijilan dan pengiktirafan pencapaian hafazan al-Quran.
Persidangan diteruskan dengan ucapan penutup oleh Pengarah Eksekutif IIDM-MUIP, Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, diikuti Ustaz Azri bin Salehud-din, Ketua Unit Pendidikan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Presiden Ikatan Madrasah Pahang, YH Datoโ Maulana Haji Cik Wan Helmy bin Wan Mohamed al-Hafiz, yang membentangkan lima resolusi utama persidangan sebagai rumusan dan hala tuju pemerkasaan institusi tahfiz, madrasah dan pondok di negeri Pahang iaitu:
1. Penubuhan Sekretariat Tetap Pemerkasaan Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang di bawah penyelarasan IIDM-MUIP sebagai badan penyelaras perancangan, pelaksanaan dan pemantauan agenda pembangunan pendidikan Islam turath.
2. Pembentukan Jawatankuasa Bersama Madrasah dan IIDM-MUIP di peringkat zon bagi menyelaras gerak kerja serta memperkukuh kerjasama strategik antara institusi tahfiz, madrasah dan pondok di seluruh negeri.
3. Pembangunan Model Madrasah Negeri Pahang berdasarkan pengkhususan kitab dan disiplin ilmu turath merangkumi tauhid, fiqah, tasawuf, tahsin, hadis dan bahasa Arab bagi melahirkan pusat kecemerlangan serta ilmuwan yang mempunyai kepakaran tersendiri.
4. Pengasasan Pondok Jawi Negeri Pahang sebagai pusat pemeliharaan dan pengembangan khazanah keilmuan ulama turath berbahasa Melayu tulisan Jawi, sekali gus meneruskan tradisi keilmuan Islam di Alam Melayu.
5. Cadangan pelantikan Pesuruhjaya Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang kepada MUIP sebagai entiti peneraju bagi memperkukuh penyelarasan, pemantauan pembangunan dan kebajikan institusi pendidikan Islam berkenaan.
Pembentangan resolusi tersebut mencerminkan kesepakatan dan komitmen bersama dalam membangunkan sistem pendidikan Islam yang lebih tersusun, bersepadu serta berteraskan tradisi keilmuan Islam.
Penganjuran persidangan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih erat antara institusi pendidikan Islam dan pihak berkepentingan dalam memastikan kesinambungan tradisi pengajian turath di negeri Pahang.
Seiring dengan usaha tersebut, seluruh masyarakat khususnya generasi muda diseru agar mengambil peluang mendalami ilmu turath Islam dan Fardu Ain, merangkumi tauhid, tasawuf dan fiqah sebagai asas pembentukan kefahaman agama yang sahih, penghayatan Islam dalam kehidupan serta pewarisan khazanah keilmuan ulama kepada generasi akan datang.
โ๐ญ๐ฐ๐ธ๐ฏ ๐จ๐ณ-๐พ๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ด๐ฌ๐ด๐จ๐ฒ๐ต๐จ๐ฐ 556 ๐ป๐จ๐ฏ๐ผ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ผ๐ณ๐ป๐จ๐ต๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐น๐จ๐ซ๐จ๐ฉ๐จ๐ต ๐ฐ๐บ๐ณ๐จ๐ด ๐ท๐จ๐ฏ๐จ๐ต๐ฎโ
#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat




