
πππππππππππππ πππππππ ππππππππ ππππππ πππππ, πππππππππππ ππππππππππ π ππππ πππ ππ ππππππ ππππππ
Berteraskan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang agar Pengajian Fardu Ain – Tauhid, Tasawuf dan Fiqah diperkasakan di negeri Pahang, Institut Ilmu Darul Makmur dengan kerjasama Open University Malaysia membangunkan dua inisiatif pendidikan, iaitu Sijil Pengajian Turath Islam dan Sijil Fardu Ain Pahang.
Sijil Pengajian Turath Islam memberi tumpuan kepada pengajian 10 kitab turath dalam bidang Tauhid, Tasawuf dan Fiqah dengan tiga matlamat utama: pengiktirafan peringkat tahmidi/asas, peluang peningkatan pengiktirafan akademik dan melahirkan ulama muda yang memahami cabaran kontemporari.
Manakala Sijil Fardu Ain Pahang memberi penekanan kepada penguasaan ilmu fardu ain – Tauhid, Tasawuf dan Fiqah kepada umat Islam di negeri Pahang khususnya dan Malaysia umumnya melalui peringkat asas dan pengukuhan. Inisiatif Sijil Fardu Ain membolehkan umat Islam mempelajari, memahami dan menghayati Ilmu-ilmu Fardu Ain dengan lebih mudah, flexible dan berautoriti.
Kedua-dua program sijil ini memanfaatkan platform pembelajaran dalam talian CeLLPLUS OUM bagi memperluas akses pengajian Turath dan Fardu Ain kepada segenap kelompok masyarakat melalui kemudahan teknologi digital dan online.
Saksikan perjalanan pembangunan kedua-dua inisiatif program pensijilan ini sebagai usaha memelihara warisan keilmuan Turath Islam dan memperkukuh ilmu Fardu Ain umat.
#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#FardhuAin
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang
#SijilPengajianTurathIslam
#SijilFarduAinPahang




