
π’ PELANJUTAN TEMPOH PENYERAHAN ABSTRAK
Sukacita dimaklumkan bahawa tempoh penyerahan abstrak bagi Pelawaan Penulisan Makalah Jurnal Bersempena 556 Tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang telah dilanjutkan sehingga 17 Mei 2026.
Sehubungan itu, para penyelidik, akademia, penulis serta individu yang berminat dipelawa untuk merebut peluang ini dengan mengemukakan abstrak berkualiti dalam bidang sejarah, peradaban dan perkembangan Islam di Pahang.
π Skop dan fokus penulisan merangkumi:
1. Aplikasi Siyasah Syarβiyyah dalam konteks governan dan politik Islam di Negeri Pahang, berpaksikan karya-karya Siyasah/Ahkam Sultaniyyah termasuk rujukan kepada Hukum Kanun Pahang.
2. Penilaian pelaksanaan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dalam aspek pentadbiran, perundangan, pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan umat Islam dari perspektif Siyasah Syarβiyyah dan Maqasid Syariah.
3. Analisis keberkesanan institusi-institusi Islam di Pahang seperti MUIP, PKZ&WP, JAIP, JMNP, JMS dan JPS dalam memperkasa pengurusan hal ehwal Islam.
4. Pengkayaan aplikasi Fiqh al-Watan dalam memaknai 556 tahun Kesultanan Pahang melalui prinsip Kesultanan, Adat Resam dan Alam Sekitar.
5. Peranan Ihya Fardhu βAin (tauhid, fekah dan tasawuf) dalam pembudayaan ilmu dan pemerkasaan jati diri umat melalui institusi pendidikan Islam.
Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada khazanah ilmu serta memperkukuh wacana ilmiah berteraskan warisan Kesultanan dan peradaban Islam.
π Tarikh akhir baharu: 17 Mei 2026
π Kategori: Penulisan Makalah Jurnal
π Tema: 556 Tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 013-3236105 atau melalui email sofaurrahman@iidmmuip.my. Maklumat dan perincian penyelidikan boleh rujuk di link post ini https://www.facebook.com/share/p/1BARii1Yf2/
β¨ *Ayuh sertai dan jadilah sebahagian daripada usaha memperkaya warisan intelektual ummah!*
#PelanjutanAbstrak #JurnalPahang #KesultananPahang #PeradabanIslam #SiyasahSyarIyyah #MaqasidSyariah #FiqhAlWatan #AhliSunnahWalJamaah #WarisanIlmu #WacanaIlmiah #Pahang #AkademiaMalaysia #PenyelidikanIslam #SejarahPahang #IntelektualUmmah#556KesultanandanPeradabanIslamPahang





