Skip to main content

Kunjungan Hormat Bahagian Adat Resam MUIP ke IIDM Perkukuh Jalinan Kerjasama

Kuantan, 13 Mei 2026 – Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Adat Resam MUIP, iaitu Puan Nor Shahida binti Abdul Halim dan Puan Hanariah binti Hamdan bagi membincangkan potensi kerjasama program serta pengukuhan hubungan antara kedua-dua pihak.

Pertemuan tersebut turut membuka ruang perbincangan berkaitan pelaksanaan program berkaitan adat resam, pendidikan dan pemerkasaan watan.

Dalam kunjungan itu, Pengarah Eksekutif IIDM, Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad turut menyampaikan buku Siri Monograf Penyelidikan IIDM 2025 sebagai tanda penghargaan dan simbolik jalinan kerjasama strategik antara IIDM dan MUIP.

"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN"

#Fiqhalwatan #556tahunKesultanandanPeradabanIslamPahang #AkidahASWJ #MUIP #AdatResam

View original