
Lawatan Mahabbah Delegasi Pusat Kajian Etnik Orang Asli ke Institut Ilmu Darul Makmur Perkukuh Dakwah Masyarakat Orang Asli
Kuantan, 13 Mei 2026 β Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM-MUIP) telah menerima kunjungan lawatan mahabbah daripada delegasi Pusat Kajian Etnik Orang Asli, Universiti Islam Selangor bagi membincangkan kerjasama strategik dalam memperkasakan pembangunan masyarakat Orang Asli, khususnya berkaitan pemahaman asas Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan pendakwah dan muallaf Orang Asli.
Delegasi tersebut diketuai oleh Dr. Muhammad Yusuf Marlon bin Abdullah selaku Pengarah Pusat Kajian Etnik Orang Asli, UIS bersama Dr. Ahmad Aβtoaβ bin Mokhtar dan Encik Ikhwan Mujahid bin Saifulzamani. Turut hadir ialah wakil Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) dan Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) iaitu Ustaz Mohamad Basirun bin Jathi, Ustaz Azlan bin Rosdin, Ustazah Sobariah binti Abu Bakar dan Ustazah Razita binti Abdullah.
Pihak IIDM pula diwakili oleh Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad selaku Pengarah Eksekutif IIDM bersama Dr. Khairul Annam bin Yazid, Ustaz Mohamad Hafizan bin Baharum serta Puan Syamira binti Shalbi.
Perbincangan yang berlangsung memberi fokus kepada usaha pembangunan modul, latihan pendakwah serta pendekatan dakwah yang lebih berkesan dan berhikmah sesuai dengan latar masyarakat Orang Asli
Selain memperkukuhkan hubungan antara institusi, lawatan ini turut membuka ruang kerjasama lebih luas antara IIDM, PePIMA dan PETAMA dalam melaksanakan program pembangunan insaniah masyarakat Orang Asli secara lebih tersusun dan menyeluruh. Lawatan diakhiri dengan sesi pertukaran pandangan serta cadangan pelaksanaan program bersama pada masa akan datang.
"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN"
#Fiqhalwatan #556tahunKesultanandanPeradabanIslamPahang #AkidahASWJ #OrangAsli #UIS #PEPIMA #PETAMA





