Skip to main content

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Zulhijjah dan sambutan Aidiladha. Aidiladha bukan sekadar perayaan atau ibadah korban, tetapi merupakan madrasah tarbiah yang mengajar kita tentang ketaatan, pengorbanan dan keikhlasan.

Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengingatkan kita bahawa kecintaan kepada Allah perlu mengatasi segala-galanya. Sebagai ibu bapa dan guru, pengorbanan yang dituntut daripada kita bukanlah seperti pengorbanan yang diuji kepada mereka, tetapi pengorbanan masa, tenaga, kesabaran dan komitmen dalam mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah.

Anak-anak kecil belajar bukan hanya melalui nasihat, tetapi lebih banyak melalui teladan. Jika mereka melihat ibu bapa dan guru menjaga solat, bercakap dengan sopan, bersabar dan menunjukkan kasih sayang, maka nilai-nilai tersebut akan lebih mudah meresap ke dalam jiwa mereka.

Aidiladha juga mengajar kita tentang berkongsi rezeki dan mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, nilai ini boleh diterapkan melalui amalan mudah seperti berkongsi makanan, membantu rakan, mengucapkan terima kasih dan menghormati orang lain.

Marilah kita menjadikan Aidiladha sebagai titik muhasabah:
โ€ข Adakah kita telah meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak?
โ€ข Adakah kita menjadi contoh yang baik kepada mereka?
โ€ข Adakah kita mendidik mereka bukan sahaja untuk berjaya di dunia, tetapi juga untuk menjadi insan yang berakhlak mulia?

Semoga semangat pengorbanan Aidiladha menjadikan kita ibu bapa dan guru yang lebih sabar, ikhlas dan istiqamah dalam mendidik generasi pewaris ummah.

Rasulullah SAW juga bersabda:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang dipimpinnya."

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

"Anak-anak hari ini adalah amanah, dan pendidikan mereka adalah satu bentuk ibadah yang besar nilainya di sisi Allah."

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒน

Disediakan oleh ,
Puan Rosnizah binti Abd Rahman,
Penyelia TPQ MUIP

โ€œ๐Œ๐„๐Œ๐๐”๐ƒ๐€๐˜๐€๐Š๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐”, ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐Š๐€๐ ๐–๐€๐“๐€๐โ€

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original