πŸ“š DAURAH KITAB AL-MUQADDIMAT IMAM AL-SANUSI

Dalam usaha memperkukuhkan kefahaman **Akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jama'ah berteraskan manhaj Imam Abu Abdullah Muhammad al-Sanusi, Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan menganjurkan Daurah Kitab al-Muqaddimat Imam al-Sanusi.

Daurah ini akan disampaikan oleh:

πŸŽ“ Al-Fadhil Ustaz Dr. Zainul Abidin Abdul Halim
*Pensyarah Jabatan Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kitab al-Muqaddimat merupakan antara karya penting dalam disiplin akidah yang menjadi asas kepada pengajian Akidah al-Asya'irah. Melalui daurah ini, para peserta akan dibimbing memahami prinsip-prinsip asas akidah secara tersusun, ilmiah dan berpandukan tradisi keilmuan Islam yang muktabar.

Justeru, para asatizah, guru-guru agama, imam, pegawai hal ehwal Islam, penuntut ilmu serta masyarakat sekitar Kuantan adalah dijemput untuk bersama-sama menghidupkan majlis ilmu yang penuh keberkatan ini.

πŸ—“Tarikh: 22–23 Julai 2026 (Rabu & Khamis)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Masjid Sultan Ahmad Shah 1 (Masjid Negeri Pahang), Kuantan

πŸ“ž Sebarang pertanyaan atau pendaftaran:
Muhammad Nurhakim Bin Mohd Razali
☎️ 011-2602 6526

Semoga majlis ilmu ini menjadi wasilah untuk memperkukuhkan kefahaman akidah yang sahih, menyuburkan tradisi keilmuan Islam serta melahirkan masyarakat yang teguh pegangan dan sejahtera.

"Membudayakan Ilmu, Memperkasakan Watan."

#FiqhAlWatan
#InstitutIlmuDarulMakmur
#MUIP
#DaurahMuqaddimat
#ImamAlSanusi
#AkidahAhliSunnahWalJamaah
#Asyairah
#MajlisIlmu
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PeradabanIslamPahang
#MembudayakanIlmu
#KerajaanNegeriPahang

View original