
πππππ ππππ ππππππ πππ ππππππ, ππππππ πππ π πππ ππ-πππππ : ππππππππππ πππππ πππ ππππππ
CHENOR, 3 Oktober 2026 β Majlis Maulid Akbar Jawi 1448H & Multaqa Persatuan Pondok Turath Negeri Pahang bersama Guru-Guru Pondok Pantai Timur telah berlangsung di Madrasah Raudhah al-Muhibbin, Pondok Pok Kob, Chenor, Pahang, menghimpunkan para ulama dan guru pondok dalam usaha memperkukuh tradisi ilmu serta kefahaman terhadap peranan agama dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM), Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad, menekankan kedudukan para ulama dalam sesebuah negeri, khususnya sebagai pembimbing masyarakat dan pendukung institusi agama. Menurut beliau, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sentiasa memberikan perhatian terhadap usaha mengangkat dan memperkukuh manhaj al-Asyaβirah wal Maturidiyyah di negeri Pahang.
Beliau turut menegaskan bahawa hubungan yang baik antara ulama dan Sultan penting dalam memastikan institusi Islam terus terpelihara serta urusan agama dapat dilaksanakan secara tersusun berdasarkan autoriti dan tradisi keilmuan yang kukuh.
Pengerusi Persatuan Guru-guru Agama Pantai Timur, Tuan Guru Syed Suhaimi bin Syed Abdul Hadi Alaydrus, pula menyatakan sokongan terhadap gagasan Fiqh al-Watan dan menyeru agar kefahaman tersebut disambut oleh semua lapisan masyarakat. Beliau menegaskan bahawa Fiqh al-Watan bukan sekadar berbicara mengenai kedudukan Sultan, tetapi membawa tanggungjawab yang lebih luas dalam memelihara agama dan daulah.
Pandangan tersebut turut disokong oleh Tuan Guru Sabaruddin bin Othman yang menyentuh kepentingan institusi Kesultanan dalam penyelarasan urusan agama. Menurut beliau, pengalaman negara yang tidak mempunyai institusi Sultan menunjukkan bahawa pentadbiran berkaitan agama boleh berhadapan cabaran apabila tiada satu autoriti rasmi yang mempunyai kedudukan menyeluruh dalam menjaga dan menyelaraskan hal ehwal keagamaan.
Pertemuan para guru pondok dan ulama Pantai Timur ini memperlihatkan bahawa pemeliharaan agama tidak dapat dipisahkan daripada kekuatan institusi, tradisi ilmu dan hubungan antara ulama dengan pemerintah. Dalam kerangka tersebut, Fiqh al-Watan membawa kefahaman bahawa kecintaan kepada watan bukan sekadar soal wilayah, tetapi amanah untuk menjaga agama, keharmonian masyarakat dan institusi yang menaunginya.
βπ΄π¬π΄π©πΌπ«π¨ππ¨π²π¨π΅ π°π³π΄πΌ, π΄π¬π΄π·π¬πΉπ²π¨πΊπ¨π²π¨π΅ πΎπ¨π»π¨π΅β
#FiqhAlWatan
#MaulidAkbarJawi1448H
#PondokTurath
#WarisanUlamaPahang
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultanan
#FardhuAin
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang





