๐Ÿ“– BAHTHUL MASAIL PERDANA ILMUAN NEGERI PAHANG 2026

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Pembudayaan tradisi keilmuan Islam dalam mendepani persoalan semasa.

Menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) mempersembahkan sebuah wadah perbahasan ilmiah yang menghimpunkan para ulama, asatizah, ahli akademik dan ilmuan dalam Bahthul Masail Perdana Ilmuan Negeri Pahang 2026.

๐Ÿ“… 27โ€“28 Jun 2026
๐Ÿ“ Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan

Menerusi disiplin turath Islam dan manhaj Mazhab Syafie, para mubahithin akan membahaskan isu-isu fiqh semasa yang dekat dengan realiti masyarakat:

๐Ÿ”น Wanita bermusafir tanpa mahram
๐Ÿ”น Tidak membayar cukai
๐Ÿ”น Pengagihan zakat secara persendirian
๐Ÿ”น Lembu sesat: hukum, tanggungjawab dan realiti semasa

Perbahasan ilmiah ini menjadi medan tarjih, penelitian dan muafakat para ilmuan bagi menghasilkan resolusi hukum yang berautoriti serta menepati keperluan zaman.

Fiqh al-Watan Memaknai 556 Tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang.

๐Ÿ“š Ilmu dibahas. Turath diperkasa. Masyarakat dibimbing.

#BahthulMasailPahang2026
#InstitutIlmuDarulMakmur
#institutilmudarulmakmur
#FiqhAlWatan
#TurathIslami
#KesultananPahang
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original