
FIQH AL-WATAN: PROJEK PEMERKASAAN UMAT
Fiqh al-Watan merupakan sebuah inisiatif pemerkasaan umat yang berteraskan hubungan erat antara ulama, umara, institusi kesultanan dan para ilmuwan Islam.
Sejarah peradaban Islam membuktikan bahawa kemajuan umat lahir melalui usaha memperkasa ilmu, pendidikan dan pemikiran. Bermula daripada gerakan penterjemahan di Baitul Hikmah, pembaharuan ilmu oleh Imam al-Ghazali, sehinggalah kebangkitan tokoh seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi, semuanya menjadi contoh bagaimana ilmu mampu membina kekuatan sebuah peradaban.
Di Alam Melayu, hubungan rapat antara kesultanan Melayu dan para ulama turut memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu tauhid, fikah dan tasawuf sehingga terbentuknya peradaban Islam yang kukuh.
Melalui projek Fiqh al-Watan, Institut Ilmu Darul Makmur berusaha menghidupkan kembali tradisi pemerkasaan ini demi membina umat yang berilmu, beridentiti dan berperadaban.
"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN."
#FiqhalWatan
#MembudayakanIlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





