Skip to main content

KUNJUNG HORMAT UCYP KE IIDM, PERKUKUH PEMAHAMAN FIQH AL-WATAN DALAM KALANGAN MAHASISWA

Kuantan, 24 April 2026 โ€“ Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti), University College of Yayasan Pahang (UCYP), bagi mengadakan sesi perbincangan strategik berkaitan usaha memperkasakan agenda Fiqh al-Watan dalam kalangan mahasiswa.

Delegasi UCYP diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Fared bin Mohd Din selaku Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti), bersama-sama Puan Nur Amani binti Ibrahim, Pengurus Pusat Perhubungan Siswa; Puan Norhidayah binti Mohd Ibrahim, Pengurus Pusat Kaunseling; serta Encik Ahmad Syahid bin Azalan, Penolong Pengurus Pusat Kecemerlangan Keusahawanan.

Kehadiran delegasi telah disambut oleh wakil IIDM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Amran selaku Pengarah Eksekutif IIDM, bersama Ustaz Mu'az bin Zakaria, Pegawai Dialog dan Peradaban; Ustaz Ahmad Luqman bin Zulkefli, Pegawai Pendidikan Turath; serta Puan Syamira binti Shalbi, Pegawai Komunikasi dan Media.

Kunjung hormat ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik antara IIDM dan UCYP dalam melaksanakan program pembangunan pelajar yang berteraskan Fiqh al-Watan.

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu #KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunkesultanandan #PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang

View original