MAJLIS KHUSUS MUSLIMAT: MUSLIMAH PEMBINA PERADABAN
Pertemuan & Bicara Eksklusif Muslimah bersama al-Imam al-'Allamah Prof. Dr. Ali Jum'ah

23 September 2026 | Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya
Telah berlangsung Majlis Khusus Muslimat: Muslimah Pembina Peradaban, sebuah pertemuan dan bicara eksklusif bersama al-Imam al-'Allamah Prof. Dr. Ali Jum'ah, Mantan Mufti Besar Mesir, bertempat di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.

Majlis ini membawakan diskusi berkaitan peranan wanita dalam pembinaan peradaban Islam, disusuli sesi soal jawab bersama para peserta serta Ijazah Selawat Dala'il al-Khayrat.

Antara intipati penting yang dikongsikan oleh al-Imam ialah:

1. Kepentingan peranan ibu dalam mendidik anak-anak

Bagi wanita yang mempunyai nafkah yang mencukupi, keutamaan adalah untuk menjaga dan mendidik anak-anak di rumah sekiranya pekerjaan di luar rumah boleh menyebabkan pengabaian terhadap didikan mereka. Generasi yang hebat lahir daripada didikan yang baik.

2. Pendidikan anak-anak bermula dari rumah

Didikan yang kukuh dalam keluarga mampu memberikan impak besar terhadap pembentukan masyarakat pada masa akan datang. Justeru, keluarga merupakan asas penting dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak.

3. Amanah dan tanggungjawab dalam keluarga

Setiap lelaki dan wanita mempunyai amanah serta tanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah penjagaan masing-masing dan akan dipersoalkan tentang amanah tersebut.

4. Perancangan bilangan anak dan kualiti pendidikan

Dalam isu perancangan bilangan anak, adalah lebih baik bilangan yang lebih sedikit tetapi diberikan perhatian dan didikan yang baik berbanding bilangan yang ramai namun terabai dari sudut pendidikan, khususnya dalam menghadapi cabaran dan fitnah zaman yang semakin meluas.

5. Akhlak mulia dan menunaikan hak sesama manusia

Islam mengajar umatnya untuk berakhlak mulia kepada semua pihak serta menunaikan hak orang lain, termasuk kepada mereka yang bukan Islam. Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri menunjukkan teladan yang terbaik dalam bermuamalah dengan golongan bukan Islam.

Semoga segala ilmu, nasihat, selawat dan ijazah yang dikongsikan dalam majlis ini menjadi bekalan, panduan dan manfaat buat seluruh peserta dalam melaksanakan amanah sebagai seorang muslimah serta anggota masyarakat.

Semoga usaha dalam membina keluarga, generasi dan peradaban yang berteraskan nilai-nilai Islam mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”

#KerajaanKesultanan
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook