
MEMPERKASAKAN UMAT DENGAN ILMU
Kekuatan umat tidak dibina melalui emosi dan propaganda, tetapi melalui ilmu yang dibudayakan, dimanfaatkan dan diterjemahkan kepada pembinaan peradaban.
Inisiatif Fiqh al-Watan mengambil inspirasi daripada sejarah kegemilangan Islam, antaranya gerakan penterjemahan ilmu di Baitul Hikmah serta usaha Imam al-Ghazali melalui karya agungnya, Ihya’ ‘Ulum al-Din.
Sejarah membuktikan bahawa umat akan bangkit apabila ilmu dimuliakan, kebenaran disaring dengan hikmah, serta ulama dan umara berganding bahu dalam menyebarkan manfaat kepada masyarakat.
Fiqh al-Watan hadir sebagai usaha memperkasakan umat melalui ilmu, pembudayaan ilmu dan pembinaan peradaban yang berteraskan nilai-nilai Islam.
Bukan dengan emosi. Bukan dengan propaganda. Tetapi dengan ilmu.
"MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN."
#FiqhalWatan
#MembudayakanIlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#555tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat





