Menghadiri Majlis Penutup Bahsul Masail Perdana Ilmuan Negeri Pahang 2026 serta menyaksikan pembentangan resolusi hasil perbahasan para ilmuan sepanjang persidangan.
Alhamdulillah, saya amat teruja melihat satu budaya keilmuan Islam yang begitu indah terus diperkasakan di bumi Pahang. Tradisi Bahsul Masail memperlihatkan bagaimana sesuatu isu semasa dibahaskan secara ilmiah dan berdisiplin, berasaskan al-Quran, al-Sunnah, khazanah turath, nas-nas fiqh mazhab Syafi‘i serta kaedah-kaedah istinbat hukum, di samping mengambil kira realiti semasa (fiqh al-waqi’).
Menghadiri Majlis Penutup Bahsul Masail Perdana Ilmuan Negeri Pahang 2026





