PENCERAHAN FIQH AL-WATAN DEKATI GENERASI HUFFAZ LIL BANAT

3 Oktober 2026 | Pahang – Program pencerahan Fiqh Al-Watan telah diadakan pada 3 Oktober 2026 melibatkan Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah Hajjah Maimunah dan Maahad Tahfiz Medina Huffaz, Beserah sebagai salah satu usaha memperluas kefahaman berkaitan konsep agama, watan, pemerintah dan tanggungjawab rakyat dalam kalangan generasi muda.

Pencerahan ini merupakan sebahagian daripada usaha Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) melalui gerakan Fiqh Al-Watan untuk menyemai kefahaman bahawa kecintaan kepada watan bukan sekadar berkaitan identiti dan tanah air, bahkan turut berpaksikan kepada penghayatan agama serta tanggungjawab membina masyarakat dan negeri berteraskan nilai Islam.

Sesi pencerahan yang disampaikan memberi penekanan kepada peranan generasi muda, khususnya para pelajar tahfiz, sebagai generasi pewaris yang bukan sahaja perlu mempunyai penguasaan ilmu agama, malah memahami amanah mereka terhadap watan. Perbincangan turut menghubungkan prinsip akidah, fekah dan tasawuf dengan pembentukan peribadi, akhlak serta tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan rakyat.

Diharapkan pencerahan sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan kepada lebih banyak institusi pendidikan serta masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak, belia, wanita dan pendidik, agar kefahaman Fiqh Al-Watan dapat terus disemai secara berperingkat serta diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

View original on Facebook