
*PENYELARASAN KURIKULUM WAJIB IIDM DI MAAHAD TAHFIZ AL-HIDAYAH, BENTONG*
Alhamdulillah, Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) telah mengadakan sesi penyelarasan Kurikulum Wajib IIDM di Maahad Tahfiz al-Hidayah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan pendidikan Islam berteraskan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah di Negeri Pahang.
Sesi ini turut memberikan pencerahan mengenai Fiqh al-Watan serta penerangan berkaitan pelaksanaan Kurikulum Wajib IIDM yang menjadi asas kepada pembinaan kefahaman akidah, fiqh dan tasawuf berlandaskan manhaj yang muktabar. Penyelarasan ini dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pendidikan tanpa menjejaskan identiti, tradisi dan keunikan institusi, selaras dengan aspirasi Kesultanan Pahang dalam memperkasakan pendidikan Islam.
IIDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan, para asatizah dan seluruh warga Maahad Tahfiz al-Hidayah atas komitmen serta kesediaan menjayakan penyelarasan ini. Semoga usaha penyelarasan ini diperkukuh demi melahirkan generasi yang berilmu dan memahami konsep Fiqh al-Watan.
Fiqh al-Watan Memaknai 556 Tahun Kesultanan dan Peradaban Islam Pahang.
#FiqhAlWatan #IIDM #InstitutIlmuDarulMakmur #MUIP #KesultananPahang #ManhajAhliSunnahWalJamaah #AsyairahMaturidiyyah #MazhabSyafii #PendidikanIslamPahang #MaahadTahfizJandaBaik #KurikulumWajibIIDM #PeradabanIslamPahang





