Skip to main content

PERJUMPAAN BERSAMA SYEIKH JAMIL MULHY AL-RABADY
Pensyarah Kuliah Siyasah Syar‘iyyah IIDM

Perjumpaan ini berlangsung dengan jayanya sebagai satu inisiatif memperkukuh kefahaman serta penghayatan konsep siyasah syar‘iyyah dalam kalangan pengkaji dan pendakwah. Perjumpaan antara warga khidmat IIDM dan Syeikh Jamil Mulhy al-Rabady menjadi platform penting dalam menyatukan perspektif ilmu turath dan tanggungjawab kenegaraan demi memastikan kefahaman daulah Islam yang selari dengan tuntutan syariah dan realiti watan semasa.

Sepanjang perbincangan, tumpuan diberikan kepada inti kefahaman daulah Islam yang berteraskan gabungan tauhid, fekah dan tasawuf secara bersepadu. Karya al-Ghiyāthī oleh Imam al-Juwayni diangkat sebagai rujukan penting Siyasah Syar'iyyah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang masih kurang diberi perhatian, mungkin kerana keterbatasan zaman dahulu untuk menterjemahkan idea besar itu ke dalam konteks watan yang sentiasa berubah. Perkongsian daripada Syeikh memberi nilai tambah dalam membentuk pemikiran strategik dan berteraskan prinsip Islam dalam menilai hubungan teks dengan kehidupan semasa.

Perjumpaan ini diharap menjadi pemangkin kepada usaha menghidupkan semula wacana siyasah syar‘iyyah yang tepat, berwibawa dan relevan dalam menerajui pembangunan peradaban Islam. Kita membaca teks, tetapi matlamatnya adalah memahami bagaimana ia benar-benar hidup dalam konteks semasa.

Semoga Allah SWT meredhai dan memberkati segala usaha ini.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN”
"FIQH AL-WATAN MEMAKNAI 556 TAHUN KESULTANAN DAN PERADABAN ISLAM PAHANG"

#FiqhAlWatan
#KerajaanKesultanan
#SiyasahSyariyyah
#DaulahIslam
#KitabAlGhiyathi
#PeradabanPahang
#555TahunKesultanan
#PeradabanIslamPahang
#KerajaanNegeriPahang
#SUK

View original