PROGRAM PENCERAHAN FIQH AL-WATAN PERKASA PENTADBIR MASJID DAN SURAU KUANTAN BANDARAYA DAN KUANTAN BARAT

Kuantan, 8–9 Ogos 2026 – Institut Ilmu Darul Makmur (IIDM) telah menganjurkan Program Pencerahan Fiqh al-Watan khusus kepada pentadbir masjid dan surau di daerah Kuantan, melibatkan penyertaan seramai 236 peserta daripada 124 masjid dan surau.

Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman mengenai Fiqh al-Watan, khususnya dalam aspek Fardhu ‘Ain dan Siyasah Syar‘iyyah, di samping memperkasakan peranan masjid dan surau sebagai pusat ilmu, penyatuan umat serta pembentukan masyarakat Islam yang berilmu dan berjati diri.

Semoga program ini dapat terus memperkukuh institusi masjid dan surau sebagai wadah penyebaran ilmu serta pemerkasaan kesatuan umat Islam di Negeri Pahang.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN.”

#FiqhalWatan
#MembudayakanIlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultananDanPeradabanIslamPahang
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook