Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ali bin Mat Dasir, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang atas pengurniaan Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau dalam memperkasa pembangunan Islam, memperkukuh institusi keagamaan serta memartabatkan syiar Islam di Negeri Pahang Darul Makmur.

Ikhlas daripada,
Seluruh warga khidmat Institut Ilmu Darul Makmur.

#Fiqh al-Watan
#Membudayakanlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556tahunKesultanandan
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook