Siri 11: AL-KHATIB AL-BAGHDADI

Nama penuh beliau , ​Abu Bakr Ahmad bin 'Ali bin Thabit bin Ahmad bin Mahdi al-Shafi'i. Beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Khatib al-Baghdadi bermakaud Penceramah dari Baghdad.

​Beliau dilahirkan pada 24 Jamadilakhir 392 H (bersamaan 10 Mei 1002 M) di Hanikiya, sebuah perkampungan yang terletak di selatan Baghdad, Khilafah Abbasiyah.

​Tahun dan Tempat Meninggal Dunia
​Beliau meninggal dunia pada 7 Zulhijjah 463 H (bersamaan 5 September 1071 M) di Baghdad, dan jenazahnya dikebumikan bersebelahan makam ahli sufi terkenal, Bishr al-Hafi.

​Al-Khatib adalah anak kepada seorang penceramah (khatib), yang menjadi titik tolak permulaan kembara ilmunya. Beliau mula mendalami pelbagai cabang ilmu sejak kecil bersama bapanya. Selepas bapanya meninggal dunia ketika usianya 20 tahun, beliau memulakan rihlah (pengembaraan menuntut ilmu) yang meluas. Beliau berkelana dari Basrah, ke Nishapur, Rey, Amol, Isfahan, Syam (Levant), hingga menunaikan haji di Hijaz semata-mata untuk menuntut ilmu. Dari segi pegangan beragama, beliau bermazhab Syafi'i dan berakidah Asya'irah.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN.”

#FiqhalWatan
#MembudayakanIlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultananDanPeradabanIslamPahang
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook