Siri 9: Al-Farabi (Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag)

Al Farabi adalah tokoh Falsafah Islam yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang antaranya Metafizik, Logik, Mantik, Sains, Etika, Politik, Tasawuf bahkan Ilmu Muzik.

Antara sumbangan besar beliau adalah dalam bidang politik iaitu etika kenegaraan melalui kitab agungnya Al Madina al-Fadila (Negara Utama) yang akhirnya menjadi asas pemikiran politik dunia Islam dan Eropah.

Keilmuannya dalam bidang Muzik melalui Kitab al-Musiqa dengan penelitian berkaitan hubungan Muzik dan emosi membantu dalam pemulihan masalah jiwa yang kemudian memberi pengaruh besar dunia Muzik moden Barat.

Dalam bidang Logik, al-Farabi memperhalusi teori Aristotle yang membantu membentuk asas metodologi saintifik yang kemudiannya digunakan oleh Ibnu Sina dan Ibnu Rushd.

Al-Farabi bukan sekadar Ahli Falsafah, tetapi tokoh pemikiran kritikal Islam yang mengembangkan kajian-kajian intelektual dalam pelbagai bidang Ilmu yang patut dijadikan contoh menunjukkan umat Islam buka sekadar menggunapakai ilmu dunia Barat bahkan umat Islamlah penyumbang kepada ilmu- ilmu di dunia.

“MEMBUDAYAKAN ILMU, MEMPERKASAKAN WATAN.”

#FiqhalWatan
#MembudayakanIlmu
#KerajaanKesultanan
#DaulahIslam
#PeradabanPahang
#556TahunKesultananDanPeradabanIslamPahang
#PeradabanIslamPahang
#SUK
#KerajaanNegeriPahang
#PahangBerdaulat
#PahangBersyariat
#PahangBeradat

View original on Facebook