ZIARAH DAN LAWATAN IIDM–MUIP KE PUSAT TAHFIZ, MADRASAH DAN PONDOK

Pegawai Hal Ehwal Islam dan Felo Muda Fiqh al-Watan IIDM–MUIP meneruskan ziarah dan lawatan berkala ke pusat tahfiz, madrasah dan pondok sebagai usaha menyantuni para mudir serta guru, di samping memperkukuh pelaksanaan Kurikulum Wajib Fardhu Ain di Negeri Pahang.

Antara institusi yang diziarahi ialah:

1. Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh
2. Maahad Tahfiz al-Istiqamah, Temerloh
3. Madrasatul Quran Darul Mukhlasin, Pekan, Pahang
4. Maahad Tahfiz al-Quran al-Ahmadi, Pekan, Pahang
5. Madrasah az-Zahra li Tahfizil Quran, Nenasi, Pekan, Pahang
6. Pusat Pendidikan An-Nur
7. Maahad Tahfiz al-Quran as-Syakirin

Sesi ziarah ini turut dimanfaatkan untuk bertukar pandangan berkaitan perkembangan institusi, keadaan guru dan pelajar, serta cabaran dalam pelaksanaan Kurikulum Wajib Fardhu Ain. Perkongsian dan pandangan daripada pihak institusi amat bermakna dalam membantu IIDM–MUIP memahami keperluan semasa di lapangan, seterusnya memperkemas pendekatan pelaksanaan kurikulum agar lebih tersusun dan berkesan.

Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh hubungan antara IIDM–MUIP dengan institusi pendidikan Islam, serta menjadi wasilah dalam memartabatkan ilmu, memperkukuh kefahaman Fardhu Ain dan membina generasi berilmu serta beradab berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

#FiqhAlWatan #KerajaanKesultanan #DaulahIslam #PeradabanPahang #556TahunKesultanan #PeradabanIslamPahang #KurikulumWajib #FardhuAin

View original on Facebook